tajuk 1 : Kedinginan air tasik yang mendamaikan

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring diatas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yg sangat indah ~ Surah ArRahman-Ayat76.

tajuk 2 : Setiap insan akan menuju jalan yang sama

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? ~ Surah AlWaqi'ah-Ayat63.

tajuk 3 : indah dan mendamaikan

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, (Luqman 31:8)

TAJUK 4 : Denai yang indah

Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari. (Al-A'raaf 7:4)

Tajuk 5 : Sinar mentari yang menyinari alam

Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Al-Hijr 15:19) |

Sunday 29 March 2015

2015 : Tanda Penghargaan kepada Peserta Kursus MTPDRM

Ahad : 29.03.2015 - Setelah kuliah selesai, majlis penghargaan untuk peserta kursus. Majlis berlangsung dengan ucaptama daripada Tn Hj Hassan bin Pardi, Timbalan Pengarah, IPGK Tun Hussien Onn.


Tn Hj Jamal Mohd Nasir bin Atan, Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan memberi ucapan aluan

Tn Hj Hassan bin Pardi, Timb. Pengarah
IPGK Tun Hussien Onn menyampaikan cenderamata

Sebahagian warga JIP bergambar bersama peserta kursus



2015 : Kehadiran Warga MTPDRM ke IPGK Tun Hussein Onn

Ahad - 29.03.2015 : Rombongan peserta Kursus Teknik Mengajar Siri 38 Bil 1/2015 dari Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, Bakri Muar telah hadir ke IPG Kampus Tun Hussein Onn. Kehadiran mereka disambut oleh warga Jabatan Ilmu Pendidikan. Kehadiran mereka untuk merasai kuliah di dalam institut pendidikan. Kuliah ini di bawah pimpinan Tn Hj Jamal Mohd Nasir bin Atan, Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan.

Kehadiran peserta kursus

Tn Hj Jamal, Ketua Jabatan menyambut kehadiran peserta 

Kuliah berlangsung - kendalian Tn Hj Jamal

Peserta sedang menerima ilmu pedagogi



Tuesday 24 March 2015

2015 : Kursus Pembangunan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan di IAB

20 Mac 2015 - Beberapa orang pensyarah daripada Jabatan Ilmu Pendidikan terlibat dengan Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan di IAB, Genting Highland.


Senarai peserta IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat
En Mohammad Roslan bin Aroff, Ketua Bidang Bimbingan & Kaunseling, JIP
(Berbaju batik berwarna biru)
* sedang berbincang dengan rakan kumpulannya



Tn Hj Jamal Mohd Nasir bin Atan, Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan
(berbaju batik berwana oren)


Monday 2 March 2015

2015 : Kursus Teknik Mengajar - MTPDRM & IPGKTHO

Mac 2015 - Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKTHO sering memberi kerjasama dengan Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia (MTPDRM) bagi melaksanakan Kursus Teknik Mengajar untuk peserta dalam kalangan pegawai polis. Bil. 38, Siri 1/2015.

Kini, kursus tersebut berlangsung mulai 01.03.2015 hingga 02.04.2015. Pegawai penyelaras wakil JIP ialah En Rosli bin Mohammad, Timb Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan. Para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan yang terlibat akan mengendalikan kuliah mengikut tajuk-tajuk pedagogi yang telah diamanahkan.

Peserta kursus sedang berbincang di bawah kelolaan Pn Rozita binti Rahmat

Peserta kursus sedang berbincang di bawah kelolaan Pn Rozita binti Rahmat

Peserta kursus sedang membentang hasil perbincangan.
Kuliah tersebut di bawah kelolaan Pn Rozita binti Rahmat

Tn Hj Omar bin Zakaria bersama peserta kursus

Tn Hj Azlan bin Lin bersama peserta kursus
En Rosli bin Mohamad bersama peserta kursus

Followers

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More