tajuk 1 : Kedinginan air tasik yang mendamaikan

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring diatas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yg sangat indah ~ Surah ArRahman-Ayat76.

tajuk 2 : Setiap insan akan menuju jalan yang sama

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? ~ Surah AlWaqi'ah-Ayat63.

tajuk 3 : indah dan mendamaikan

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, (Luqman 31:8)

TAJUK 4 : Denai yang indah

Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari. (Al-A'raaf 7:4)

Tajuk 5 : Sinar mentari yang menyinari alam

Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Al-Hijr 15:19) |

Monday 17 February 2014

MAJLIS AMANAT YAB MENTERI BESAR JOHOR


       Pada 31 Februari lalu , satu program Majlis Amanat YAB Menteri Besar Johor Bersama Pegawai-pegawai dan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor Darul takzim telah diadakan di Dewan Persidangan Sultan Iskandar di Bangunan Pentadbiran Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia, Nusajaya.  Tn Hj Saiful Lizan dari Jabatan Ilmu Pendidikan diberi amanah mewakili IPTHO dalam sama-sama menjayakan majlis tersebut. Program bermula jam 2.00 petang dimulai dengan ucapan Yang Amat Berhormat Daro' Khaleed bin Nordin, Menteri Besar Johor diikuti pelancaran Majalah Jauhar.  'Jauhar' di dalam Bahasa Arab bermaksud 'permata'.  Majalah ini mengandungi bahan berkaitan sejarah negeri Johor, pembangunan , halatuju dan wawasan Johor cemerlang lagi berintegriti.

Wednesday 12 February 2014

WACANA BULANAN



       Wacana Bulanan Pelajar IPGKTHO telah diadakan pada 9 Februari 2014 bertempat di Dewan Seri Budiman IPTHO.  Tn Hj Saiful Lizan telah diberi kepercayaan untuk menyampaikan ceramah bertajuk " Hipnosis Kendiri (Self Hypnosis):  Satu Teknik Penjanaan Minda Bawah Sedar dalam Membina Potensi Diri Cemerlang".  Para pelajar teruja dengan ceramah yang disampaikan. Pelajar juga didedahkan dengan teknik hipnosis kendiri agar dapat membina potensi diri sesuai dengan kesediaan diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang seterusnya menjadi pendidik yang berdedikasi.

MESYUARAT PEDAGOGI PERIBUMI



       Mesyuarat Program Pedagogi Pribumi Zon Selatan telah diadakan pada 6 Februari 2014 dipengerusikan oleh Pn Pengarah, Pn Hjh Zaleha binti Onn.  Wakil-wakil IPG Zon Selatan terdiri daripada IPTHO, IPTI, IPRM dan IPPMM telah bermesyuarat membincangkan aktiviti yang akan dijalankan di peringkat zon dan peringkat kebangsaan.  Pelbagai aktiviti menarik akan dilaksanakan seperti projek pribumi bersama Kepimpinan Pelajar, BIG, pameran Peribumi, Penulisan Kajian Ilmiah dan persembahan.  Semoga program yang dirancang ini mencapai objektifnya.

KURSUS APLIKASI SPSS



       Satu kursus aplikasi SPSS (Statistics Programme for Social Science) telah diadakan pada 11 Februari 2014 bertempat di bilik LDP 2.  Program yang dikendalikan oleh Dr.Ramachandran ini telah dapat memenuhi objektifnya.  Para peserta didedahkan aplikasi penggunaan SPSS untuk memproses data menggunakan t-test, ANOVA, Correlation, Chi Square dan sebagainya.  Para peserta berpuas hati dengan perkongsian ilmu yang bermanffat ini.

TAKLIMAT KERJA KURSUS


       Taklimat kerja kursus telah sempurna dilaksanakan oleh Tn Hj Mahat (Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan) pada 23 Januari 2014 yang lalu.  Beberapa perkara diberi penekanan termasuk kriteria pembinaan soalan kerja kursus yang mencakupi pelbagai aras mengikut standard Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus terbitan IPGM. Semoga pembinaan soalan kerja kursus yang mantap menghasilkan output pelajar yang benar-benar memahami kehendak kerja kursus yang diharapkan.

MESYUARAT JABATAN IP KALI-1



       Mesyuarat Jabatan Ilmu pendidikan telah dijalankan pada 9 Januari 2014 yang lalu.  Beberapa perkara berkenaan p&p dan penambah baikan perjalanan jabatan untuk tahun 2014 dibincangkan.  Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat pertama dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan yang baru iaitu Tn Hj Jamal Mohd Nasir.  Tahniah diucapkan.  Semoga tahun 2014 ini , Jabatan Ilmu Pendidikan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagaimana tahun sebelumnya.

Followers

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More