tajuk 1 : Kedinginan air tasik yang mendamaikan

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring diatas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yg sangat indah ~ Surah ArRahman-Ayat76.

tajuk 2 : Setiap insan akan menuju jalan yang sama

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? ~ Surah AlWaqi'ah-Ayat63.

tajuk 3 : indah dan mendamaikan

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, (Luqman 31:8)

TAJUK 4 : Denai yang indah

Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari. (Al-A'raaf 7:4)

Tajuk 5 : Sinar mentari yang menyinari alam

Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Al-Hijr 15:19) |

Monday 29 July 2013

EgHrmis Online : Sasaran Kerja Tahunan

PERHATIAN :

Diharapkan semua warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengambil tindakan tentang tarikh akhir menghantar Sasaran Kerja Tahunan masing-masing secara online menerusi EG-HRMIS Online


Thursday 25 July 2013

Teknik ABL : Kursus untuk pensyarah JIP

Tarikh : 25 Julai 2013 (Khamis)
Masa  : 8.30 pagi
Tempat : Bilik LDP 1
Penceramah : Tn Hj Azlan bin Lin

Teknik ABL - Mengurus Kerja Kursus Secara Pantas. Satu teknik yang sangat berkesan untuk para palajar IPG, Universiti mahupun kolej-kolej khususnya melibatkan kerja kursus yang perlu disiapkan.

Maka, Teknik ini diperkenalkan kepada para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan untuk dipraktikan dalam menyediakan prosal kajian, laporan kajian lapangan, mahupun kertas kerja program. Teknik ini berkesan untuk penyediaan dokumen yang panjang.

Teknik ABL adalah suatu teknik "Abaikan Budaya Lama".







Friday 19 July 2013

LPS : Taklimat Pengisian SKT 2013 secara Online (EgHrmis)


Perkara :  Taklimat Eg-Hrmis
Tarikh :  19 Julai 2013
Tempat : Bilik LDP 1
Penceramah : Tn Hj Azlan bin Lin

Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn mengikuti Taklimat Pengisian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) secara online iaitu eg-Hrmis.









Friday 12 July 2013

ISo Dalaman : Jabatan Ilmu Pendidikan

Tarikh : 12 Julai 2013 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Rehat Pensyarah
Pemantau : Tn Hj Hamdan bin Mahfoh (Ketua Jabatan)

Mulai 16 Julai 2013, adalah tarikh pemantauan ISO untuk IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Justeru, Ketua Jabatan, Tn Hj Hamdan bin Mahfoh mengambil inisiatif untuk melaksanakan Pengauditan MS ISO secara dalaman terhadap para pensyarah JIP.

Terima kasih atas sokongan semua ahli Jabatan Ilmu Pendidikan bagi memastikan kecemerlangan di bawah pimpinan Ketua Jabatan, Tn Hj Hamdan bin Mahfoh.



Wednesday 10 July 2013

salam ramadhan 1434h


Warga Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat mengucapkan selamat berpuasa kepada warga IPGKTHO khusus kepada pihak pengurusan, pensyarah akademik, staff dan para pelajar.

SELAMAT BERPUASA

Tuesday 9 July 2013

JIP : Bengkel PenyediaanKerja Projek Sem 2 - 2013

Tarikh :    09 Julai 2013 (Selasa)
Masa :     2.30 petang
Tenpat :   Bilik Mesyuarat Pusat Sumber A
Penceramah  :  Tn Hj Mahat Ibrahim 

Jabatan Ilmu Pendidikan melaksanakan bengkel berkaitan Kerja Projek Smester 2  - 2013. Taklimat ini adalah untuk pendedahan kepada semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan berkaitan prosedur dan tarikh menghantar soalan kerja projek bagi setiap mata pelajaran.



 

 

Wednesday 13 March 2013

Selamat datang : warga baru JIP 2013

Tn Hj Hamdan bin Mahfoh, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan dan seluruh warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan selamat datang kepada pensyarah baru. Kehadiran kalian akan menyemarakkan lagi kecemerlangan Jabatan Ilmu Pendidikan. Selamat berkhidmat dengan semangat yang baru.



Monday 4 March 2013

Sistem e-SPLG : Jabatan Ilmu Pendidikan

Kepada Semua Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat,

Sila kemaskini maklumat peribadi (eProfil) dalam Sistem e-SPLG sebelum 5 Mac 2013.

Contoh Paparan e-SPLG

e-Profil dapat dilayari melalui : http://apps1.moe.gov.mu/splg/

Arahan :

1. Klik pad ikon : MODUL INDIVIDU ePROFIL

2. Masukkan ID Pengguna = No. Kad Pengenalan

3. Password = 4 digit terakhir No. Kad Pengenalan

4. Lengkapkan butiran berikut :-

 - Profil Individu 1
 - Profil Individu 2 
 - Pengalaman Perkhidmatan 
 - Anugerah / Perkhidmatan 
 - Sumbangan Penglibatan Profesional 
 - Sumbangan Penglibatan Bukan Profesional 
 - Kursus Dihadiri Tahun Semasa 

 5. Pastikan klik butang HANTAR pada setiap butiran yang dikemaskini.

 Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah diharapkan. Terima Kasih.

Saturday 5 January 2013

Selamat Datang, Pensyarah Baru

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SELAMAT DATANG kepada En Arman dan Pn Kharsiah dari Jabatan  PIPK kerana berpindah ke Jabatan Ilmu Pendidikan mulai 04.01.2013. Semoga kehadiran kalian dapat menambah untuk memacu kejayaan Jabatan Ilmu Pendidikan.



Thursday 3 January 2013

Taklimat Pengajian Profesional untuk Pelajar PISMP Ambilan 2013

Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SELAMAT DATANG kepada pelajar PISMP Ambilan Jan 2013 yang baru mendaftar.

Sehubungan itu, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengambil inisiatif untuk memberi taklimat berkaitan mata pelajaran yang melibatkan Pengajian Profesional di bawah kelolaan Jabatan Ilmu Pendidikan.



Ketua Jabatan, Tn Hj Hamdan Mahfoh memberi taklimat
berkaitan Subjek Pengajian Profesional



Pelajar mendengar taklimat dengan khusyuk


Pelajar PISMP Ambilan Jan 2013 mendengar taklimat

Penjelasan dan kupasan oleh Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan,
Tn Hj. Hamdan bin Mahfoh

Wednesday 2 January 2013

Selamat Kembali ke kampus

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SELAMAT KEMBALI ke kampus untuk semua pensyarah dan pelajar untuk sesi Januari-Mei 2013


Followers

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More